Seorang pegawai polis Kyrgyzstan di kawasan konflik.

BISHKEK, Kyrgyzstan – Tentera Kyrgyzstan dan Tajikistan berbalas tembakan di sepanjang sempadan yang dituntut kedua-dua belah pihak, meningkatkan risiko konflik yang bermula dengan pertempuran dalam kalangan penduduk tempatan.

Para pegawai kesihatan di wilayah Batken, selatan Kyrgyzstan berkata, seorang meninggal dunia kerana kecederaan yang disebabkan tembakan pada petang ini.

Seramai 17 orang dimasukkan ke hospital.

Wakil kerajaan tempatan menyifatkan krisis tersebut sebagai serius.

“Keadaan di sempadan Kyrgyzstan-Tajikistan tidak dapat dikawal, tempakan masih lagi berlaku ketika ini. Tentera melepaskan tembakan,” kata Timbalan Ketua wilayah Batken, Marufkhan Tulayev kepada agensi berita Interfax.

Perkhidmatan keselamatan Kyrgyzstan berkata, Kementerian Dalam Negeri Tajikistan telah menggunakan mortar, mesingan dan rifal automatik.

Terdahulu, Kyrgyzstan mengisytiharkan darurat di wilayah Batken.

Wakil kerajaan wilayah tersebut, Omurbek Suvanaliyev berkata, penduduk di tiga daerah telah dipindahkan berikutan terdapat tembakan berlaku pada malam semalam.

“Keadaan stabil, namun penduduk tempatan kelam kabut,” kata Suvanaliyev.

Pertikaian antara Kyrgyzstan dan Tajikistan tercetus pada petang 28 April berikutan konfrantasi antara dua komuniti di sempadan tersebut.

Permusuhan tercetus setiap beberapa bulan apabila penduduk bertelingkah mengenai akses kepada tanah dan sumber air namun ia tidak membabitkan tentera kerajaan. – Malaysia