Tony Fernandes

SEPANG – AirAsia Farm meraih jualan sebanyak RM3 juta sejak ia dilancarkan pada Jun tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes berkata, sehingga kini lebih 2,000 petani bernaung di bawah AirAsia Farm sebagai pengeluar dan pengedar.

“Lebih 2,000 petani di bawah AirAsia Farm. Banyak yang petani keluarkan dan edar kepada AirAsia Farm seperti telur, sayur dan buat, daging juga.

“Bekalan itu seterusnya kita bekalkan kepada restoran-restoran termasuk untuk yang sediakan perkhidmatan AirAsia Food,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika hadir pada majlis pelepasan penghantaran mangga Harumanis  ke Sabah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) yang disempurnakan oleh Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Ronald Kiandee, hari ini.

Dalam pada itu, Ronald memuji perkembangan Airasia Farm dan mengucapkan tahniah kepada AirAsia Farm kerana menjadi pengedar rasmi mangga Harumanis. – MalaysiaGazette