Peserta-peserta Sekretariat Solidariti Rakyat menikmati juadah berbuka puasa pada Himpunan #BukaPuasaBukaParlimen Enam Tuntutan Kepada Kerajaan Perikatan Nasional di hadapan Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 30 APRIL 2021.

KUALA LUMPUR – Sekretariat Solidariti Rakyat menuntut enam perkara untuk dilaksanakan oleh kerajaan dengan kadar segera.

Pengasas Bersama MISI Solidariti, Sarah Irdina berkata, tuntutan itu adalah jaminan kemandirian ekonomi rakyat, bekerja untuk rakyat dengan menamatkan darurat dan membuka Parlimen semula dan melaksanakan Undi18 serta-merta.

“Tiga lagi tuntutan yang perlu diambil serius oleh kerajaan Perikatan Nasional adalah memperkasa pendidikan yang selamat untuk semua rakyat, penguatkuasaan undang-undang yang saksama dan berperikemanusiaan yang tidak berat antara dua darjat dan akhirnya pemerkasaan hak Sabah dan Sarawak.

“Kita mahu kerajaan membuka semula Parlimen dengan kadar segera dengan segala perbelanjaan kerajaan diteliti oleh ahli Parlimen dan darurat perlu ditamatkan kerana ia tidak berkesan melawan Covid-19,” katanya dalam sidang media hari ini.

Sarah Irdina bercakap kepada media pada Himpunan #BukaPuasaBukaParlimen Enam Tuntutan Kepada Kerajaan Perikatan Nasional di hadapan Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 30 APRIL 2021.

Kira-kira 100 orang Sekretariat Solidariti Rakyat berarak dari Padang Merbok sebelum berhimpun secara aman dengan slogan Buka Puasa, Buka Parlimen di atas jalan utama hadapan Parlimen di sini petang ini.

Turut bersama mereka Presiden Parti Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang menyertai himpunan dan berbuka di atas jalan sebagai tanda protes kerajaan membuka semula sidang Parlimen dan menamatkan darurat yang didakwa tidak berkesan mengawal Covid-19.

Peserta-peserta Sekretariat Solidariti Rakyat menunaikan solat maghrib pada Himpunan #BukaPuasaBukaParlimen Enam Tuntutan Kepada Kerajaan Perikatan Nasional di hadapan Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 30 APRIL 2021.

Kira-kira lebih 80 anggota polis dan pegawai Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi berkumpul bagi mengawal keadaan daripada berlaku sebarang masalah tidak diingini termasuk anggota dari IPD Sentul diketuai Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Kompaun ingkar SOP pun kurang berkesan sebab takde duit nak bayar rawatan perubatan para pesakit pandemic meningkat gilenye.

Comments are closed.