Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Zuraida Kamaruddin bercakap kepada media selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Kepada Bekas Atlet Kebangsaan dan NGO dengan kerjasama Perbadanan PR1MA Malaysia dan Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) di Hotel De Palma, Ampang, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 01 MEI 2021.

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Mukhriz Mahathir tidak seharusnya mendesak kerajaan menamatkan pelaksanaan darurat memenadangkan beliau merupakan bekas Menteri Besar dan bekas Menteri.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, Mukhriz sepatutnya memahami prosedur dalam kerajaan.

“Kalau seperti didakwa Mukhriz tamatkan darurat segera kononnya kita gagal kawal penularan sebab peningkatan kes jangkitan positif, maka lebih terdesak lagilah kita perlu meneruskan ordinan darurat yang sedang dilaksanakan itu bukannya tamatkan seperti yang dia mahu.

“Dalam keadaan sekarang (kes naik) ordinan darurat sangat diperlukan supaya kita boleh mengawal angka yang meningkat saban hari,” katanya selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Kepada Bekas Atlet Kebangsaan dan NGO di Ampang, dekat sini, hari ini.

Tambah beliau, jika ordinan darurat ditamatkan ia akan memberi tempias kepada kerajaan dan petugas barisan hadapan yang mengorban masa dan tenaga mengekang Covid-19.

“Jika kita ikut kehendak dia (Mukhriz) tamatkan darurat, kita tidak akan dapat mengawal barisan hadapan, doktor dan jururawat serta logistik yang sedang berperang untuk mengawal rantaian Covid-19 ketika ini.

“Ia sekaligus akan membantutkan serta meruntuhkan sistem perubatan kita dalam memerangi pandemik maut itu.

“Jika adanya ordinan darurat berkuatkuasa sehingga 1 Ogos ini, kita boleh memberi tumpuan dan fokus kerja kita ini untuk kawal penularannya,” tegas beliau.

Semalam Mukhriz bersama himpunan Sekretariat Solidariti Rakyat menyertai himpunan #Buka Puasa Parlimen mendesak kerajaan menamatkan darurat kerana ia tidak lagi berkesan dalam mengawal penularan Covid-19. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. isu tamatkan DARURAT SEGERA ini sama dengan ISU bila nak kasi aku jadi PM anwarfikun segera….yang penting hal peribadi diDAHULUKAN…hal rakyat dikemudiankan.

    MP2 terdesak utk tamatkan darurat dan yg menganjur perhimpunan di parlimen di LETAKKAN di frontliner SJR DAN hospital2 setiap hari utk MENYELAMI TUGAS DAN PENGORBANAN FL2 ini

Comments are closed.