Dr. Maszlee Malik.

KUALA LUMPUR – Dr. Maszlee Malik menyifatkan  tindakan Menteri Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin mengumumkan pemansuhan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) mulai tahun ini dibuat secara terburu-buru.

“Tindakan mengumumkan pemansuhan UPSR pada pertengahan tahun setelah ibu bapa dan guru membuat segala persiapan untuk anak-anak mereka menghadapi peperiksaan tersebut adalah sesuatu yang janggal dan menimbulkan lebih kegelisahan pada ramai pemegang taruh.

“Keputusan ini dilihat sebagai terburu-buru dan reaktif tanpa sebarang perancangan rapi untuk jangkamasa panjang,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Bekas Menteri Pendidikan itu mengulas mengenai pemansuhan UPSR pada Rabu lalu.

Radzi pada sidang media khas di kementeriannya berkata, keputusan memansuhkan UPSR dibuat hasil libat urus dengan pelbagai pihak sejak peperiksaan itu dibatalkan tahun lalu akibat Covid-19.

Radzi berkata, susulan pemansuhan UPSR, pihaknya akan memperkasakan pentaksiran berasaskan sekolah selain Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) bagi murid yang berhasrat memasuki sekolah berasrama penuh dan sebagainya.

Mengulas lanjut, Maszlee berkata, kerajaan Pakatan Harapan (PH) turut berhasrat untuk menghapuskan peperiksaan setara bagi Tahap Dua (Tahun Empat, Lima dan Enam) dahulu, namun terhenti apabila pertukaran kerajaan.

Jelasnya, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ketika itu mahu melaksanakan Model Pendidikan Baharu berdasarkan hasil laporan JKDPN.

“Matlamatnya untuk menggantikan pendidikan berasaskan peperiksaan (exam-oriented education) kepada pendidikan berasaskan pembelajaran (learning-oriented education).

“Rasionalnya, pada waktu itu KPM di bawah kepimpinan saya melihat perubahan pada pendidikan mesti dilakukan secara bertahap-tahap di samping perlu berlaku secara holistik dan bukan secara tempelan dan terpancar-pancar.

“Malangnya perubahan kerajaan telah membantutkan segalanya. Hasilnya kita dipaksakan dengan sistem pendidikan yang tiada halatuju dan caca merba pada waktu ini,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. tidak terburu2….cadangan sudah lama BILA pelajar jadi kartel peperiksaan…apatah lagi pernah di UPSR soalan bocor dan pelajar jadi KORBAN ambil sekali lagi….BOLEH RUJUK KPM dn LPM….seolah2 masa depan GELAP jika gagal UPSR dn xdak masuk Asrama Penuh…..malahan SEKOLAH dicop oleh PPD/JPN sebagai bottom????? jika prestasi merudum

    Malangnya perubahan kerajaan telah membantutkan segalanya…..salah SIAPA….RAKYAT/GURU…MASA ITU P akatan H ancing dgn penuh SANDIWARA/tipu MANIFESTO dan yang dasyatnya BILA AKU NAK JADI PM..DIRATIB tidak habis2

Comments are closed.