Foto hiasan

MUNGKIN ramai tak sedar bermula 24 April lalu, negara kita menyambut Minggu
Imunisasi Sedunia. Ya, tiada sebarang majlis besar-besaran atau kempen yang gah
kerana mungkin faktor pandemik yang melanda.

Namun ia bukan alasan untuk kita menafikan kejayaan, keberkesanan dan impak
positif daripada usaha kerajaan dalam memberi vaksin kepada rakyat negara ini.

Ramai tak tahu, negara kita sudah lama memperkenalkan Program Imunisasi
Kebangsaan atau NIP, iaitu sejak tahun 1950an lagi.

Malah, di seluruh dunia, program seumpama ini dah dilakukan lebih awal daripada
kita.

Walaupun terlewat, tapi tak bermakna negara kita ketinggalan dalam memberi yang
terbaik buat warganya.

Ketika berucap merasmikan Sambutan Hari Imunisasi Peringkat Kebangsaan Tahun
2021, Datuk Seri Dr Adham Baba ada sebut bahawa program imunisasi peringkat
global ini telah capai banyak kejayaan besar.

Antaranya pembasmian penyakit Cacar atau Smallpox di seluruh dunia pada tahun
1980, pembasmian penyakit polio yang disebabkan oleh virus polio liar telah dicapai
oleh 5 rantau di dunia.

Dengan pembasmian ini ia dapat menurunkan kadar kematian dan morbiditi di kalangan kanak-kanak bawah 5 tahun di seluruh dunia dari 150 per 1,000 kelahiran hidup pada tahun 1950-an kepada 38 per 1,000 kelahiran hidup pada tahun 2019 dan banyak lagi.

Tambah Menteri Kesihatan itu juga, NIP di Malaysia turut mencapai kejayaan besar
apabila hampir semua kanak-kanak di bawah 13 tahun negara ini berjaya disuntik
vaksin.

“Lebih 90% kanak-kanak berumur di bawah 13 tahun berjaya diberikan vaksin
MOPV dan BOPV, masing-masing sebanyak dua dos dalam tempoh yang ditetapkan. kejayaan kempen imunisasi polio ini adalah hasil kerjasama pelbagai
agensi termasuk sukarelawan dan ketua masyarakat,” kata Dr Adham.

Sebenarnya jika nak disebut tentang kejayaan NIP ini, ia cukup besar dan berjasa
kepada kualiti kehidupan kita di Malaysia.

Sebab itu tidak layak untuk kita persoalkan tentang kos yang terpaksa ditanggung
oleh kerajaan untuk menjayakan misi dan visi NIP ini. Kerana kita perlu sedar yang
isu berkaitan kesihatan tidak boleh dinilai dengan harta kekayaan atau wang ringgit.

Percayalah bahawa siapapun yang jadi kerajaan, pasti mereka akan
memperuntukkan sebuah wang yang besar demi menjaga kualiti kesihatan rakyat
kebanyakan.

Justeru untuk kerajaan semasa ini, kita wajar ucap tahniah dan terima kasih kepada
Dr Adham melalui Kementerian Kesihatan kerana meneruskan program imunisasi ini
seperti biasa, walaupun dikala kita semua sedang sibuk mengurus pandemik
pembawa maut.

NAGESWARY
Frontliners kesihatan di Putrajaya