Zahida Zarik Khan.

KUALA LUMPUR – Tarikh 9 Mei tidak lama lagi wajar diperingati sebagai Hari Kegelapan Negara.

Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan berkata, tarikh 9 Mei 2018 bermula tarikh ‘kehancuran’  akibat beralih tampuk pemerintahan daripada Barisan Nasional (BN) ke Pakatan Harapan (PH).

“Akibat daripada terlalu banyak janji palsu bulan bintang, fitnah dan siri penipuan hingga mereka menang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

“Sehingga hari ini, kerajaan masih terpalit dengan kegagalan PH selama 22 bulan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Justeru, Zahida berharap agar tahun-tahun mendatang, rakyat Malaysia akan dapat menikmati semula segala kebaikan yang diterima dahulu.

“Sentiasa beringat, jangan benarkan kita ditipu dikencing berkali-kali, cukuplah sekali sebagai pengajaran.

“Bila PRU-15, bila tiba masanya, pastikan kembalikan mandat kepada Barisan Nasional. Insya-Allah, kita lakukan yang terbaik, kepada Allah kita berserah,” katanya lagi. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast