China donates Penang Covid-19 vaccine donation scam Lim Guan Eng Chow Kon Yeow Yong Chee Kong Xintai Development Enterprise Hong Kong Koko Chang Sinovac
Khairy Jamaluddin Abu Bakar

KUALA LUMPUR – Tempahan untuk mendapatkan vaksin AstraZeneca secara sukarela yang dibuka secara rasmi kepada penduduk Selangor dan Kuala Lumpur mulai pukul 12 tengah hari tadi mendapat sambutan hangat.

Dalam maklumat terkini, Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, slot di Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya telah penuh.

Setakat ini sudah 210,000 mendaftar dan berbaki 50,000 tempahan lagi.

”UM and UKM slots full. 210k appointments made. Last 50k available,” katanya menerusi Twitter.

Khairy berkata, orang ramai dibenarkan memilih satu satu tarikh dan satu Pusat Pemberian Vaksin (PPV) sahaja.

PPV disediakan di World Trade Centre Kuala Lumpur, Ideal Convention Centre Shah Alam, Dewan 1, Bangunan Peperiksaan Universiti Malaysia dan Dewan Gemilang Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ketika satu jam selepas pendaftaran dibuka, Khairy berkata, trafik pendaftaran terlalu banyak tetapi slot vaksin masih ada.

Bagi memudahkan orang ramai memilih lokasi, jika tarikh yang dipilih sudah tiada, ia akan bertukar kelabu.

Namun orang ramai masih boleh memilih tarikh yang dimahukan untuk dimasukkan dalam senarai menunggu.

Pendaftaran bagi mendapatkan vaksin AstraZeneca ini berdasarkan konsep siapa cepat, dia dapat.

Pendaftaran boleh dibuat melalui laman web Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 www.vaksincovid.gov – MalaysiaGazette