Dua pekerja hospital yang memakai pakaian perlindungan diri menolak trolo mayat pesakit Covid-19 di luar perkarangan Hospital Guru Teg Bahadur. foto Reuters

NEW DELHI – India merekodkan lebih 300,000 kes jangkitan Covid-19 hari ini – hari ke-12 berturut-turut, menjadikan kes keseluruhan hampir 20 juta.

Para saintis menjangkakan kemuncak jangkitan akan berlaku dalam beberapa hari ini.

Dengan 368,147 kes baharu dalam tempoh 24 jam, angka jangkitan di India berjumlah 19.93 juta, sementara jumlah kematian meningkat 3,417 kepada 218,959, menurut data kementerian kesihatan.

Bagaimanapun, pakar perubatan mengatakan jumlah sebenar di seluruh negara mungkin sebanyak 1.35 bilion lima hingga 10 kali lebih tinggi daripada data rasmi.

Namun, kes positif berkaitan dengan ujian saringan yang dilakukan jatuh pada hari Isnin untuk pertama kalinya sekurang-kurangnya sejak 15 April lalu.

Kes koronavirus India mungkin memuncak antara 3-5 Mei, menurut model matematik dari pasukan saintis yang menasihati kerajaan, beberapa hari lebih awal daripada perkiraan sebelumnya kerana virus itu telah menyebar lebih cepat daripada yang dijangka.

Kebanyakan hospital telah memenuhi kemampuannya, bekalan oksigen perubatan hampir habis dan bilik mayat dan krematorium penuh ketika negara menangani lonjakan kes.- MalaysiaGazette