Keadaan bas yang terlibat dalam kemalangan maut selepas dipandu laju. foto Agensi

ATTOCK – Sekurang-kurangnya 15 orang terbunuh dan 30 yang lain cedera dalam kemalangan jalan raya di daerah Attock yang terletak di wilayah Punjab timur Pakistan.

Pegawai dari Penyelamat 1122 memberitahu, sebuah bas penumpang terbalik berhampiran Persimpangan Burhan di lebuh raya di daerah Hassan Abdal.

Menurut polis, sebuah bas yang membawa penumpang sedang melalui persimpangan Burhan, tiba-tiba mengalami kemalangan kerana terlalu laju.

Akibatnya, kira-kira 15 orang penumpang mati di tempat kejadian.

Media tempatan yang memetik pegawai hospital melaporkan, sebahagian besar mangsa cedera parah dan berada dalam keadaan kritikal.

Mereka yang meninggal dunia termasuk seorang wanita dan seorang kanak-kanak.

Polis peronda lebuh raya mengatakan kemalangan tersebut berlaku ketika pemandu hilang kawalan ke atas bas yang dipandu melebihi had. – MalaysiaGazette