Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah menerima sumbangan daripada Pengurus Pemasaran ADABI, Mohd Yusrie Yahana (tiga kanan) sambil diiringi Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif IJN, Datuk Akmal Arif Mohamed Fauzi (tiga kiri) pada Program Ramadan bersama Institut Jantung Negata (IJN) dan ADABI 'We Care For You' di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 04 MEI 2021.

KUALA LUMPUR- Institut Jantung Negara (IJN) dan Syarikat pengeluar produk-produk makanan, Adabi Consumer Industries Sdn Bhd meneruskan kerjasama untuk tahun kelapan demi  melaksanakan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR).

Hari ini kedua-dua pihak berkenaan, meraikan barisan hadapan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi dengan menyumbang 200 bungkusan makanan menerusi Program  Ramadan Bersama Institut Jantung Negara & Adabi We Care For You.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutifnya,  Datuk Akmal Arief Mohamed Fauzi berkata, program itu adalah tanggungjawab yang digalas kedua-dua pihak untuk saling berkongsi di antara satu sama lain khususnya pada bulan Ramadan.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif IJN, Datuk Akmal Arif Mohamed Fauzi bercakap kepada media selepas Program Ramadan bersama Institut Jantung Negata (IJN) dan ADABI ‘We Care For You’ di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 04 MEI 2021.

“Kita juga melaksanakan program lain bersama-sama sebelum ini untuk menghargai golongan barisan hadapan dan pelbagai lapisan masyarakat,” katanya kepada pemberita di lobi IPD Dang Wangi hari ini.

Turut hadir Pengurus Pemasaran Adabi, Mohd Yusrie Yahana.

Pengurus Pemasaran ADABI, Mohd Yusrie Yahana bercakap kepada media selepas Program Ramadan bersama Institut Jantung Negata (IJN) dan ADABI ‘We Care For You’ di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 04 MEI 2021.

Kata Mohd Yusrie, meskipun IJN dan Adabi berbeza bidang namun misi kedua-dua pihak itu sama iaitu memberi kepada masyarakat.

“Kerjasama dengan IJN ini sudah lama sebenarnya lebih kurang lapan tahun kerjasama kami erat walaupun perbezaan perkhidmatan dari kesihatan ke produk makanan tapi kita mempunyai misi yang sama iaitu memberi kepada masyarakat,” tambahnya.

Hadir menerima sumbangan, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah.-MalaysiaGazette