Telekung sulaman tangan dilihat mempunyai kelebihan kerana hasilnya begitu halus.

KUALA LUMPUR – Berhias agar nampak cantik untuk beribadah adalah diharuskan dalam Islam.

Syaratnya, pakaian yang dikenakan hendaklah suci dan tidak keterlaluan hingga menimbulkan riak atau mengganggu tumpuan diri sendiri mahupun orang lain khususnya apabila menunaikan solat di masjid.

Bagi golongan wanita, pemilihan telekung sering diutamakan agar selesa, cantik dan sejuk menjadi antara pendorong untuk terus meningkatkan lagi kualiti ibadat, terutama setiap kali tiba waktu solat.

Sungguhpun fungsinya sama seperti telekung yang lain, namun cita rasa setiap individu dalam memilih pakaian solat terbaik buat diri sendiri tidak dapat dihalang.

Tambahan, telekung kini tidak lagi terhad kepada penggunaan harian individu, tetapi turut dijadikan hadiah istimewa untuk ibu tercinta, pasangan, selain dihias indah sebagai hantaran perkahwinan.

Fabrik jersi menjadi pilihan kerana sifatnya yang lembut dan sejuk.

Mencuri perhatian ramai sejak hampir dua tahun lalu, jenama telekung tempatan, Serina Inspire kini menampilkan lebih banyak pilihan koleksi pakaian solat dengan pelbagai perincian menarik, khususnya sulaman tangan.

Pemilik jenamanya yang juga selebriti, Serina Redzuawan berkata, koleksi pakaian solat berkenaan mula diperkenal sejak 2019 bersama rakan niaga, Rozita Mat Reshad.

Mereka kini membawa kelainan dengan menawarkan pelbagai koleksi telekung eksklusif dengan perincian sulam.

Menggunakan kaedah sulaman terus atas kain, ia dilihat mempunyai kelebihan. Hasilnya begitu halus, dijahit rapat menggunakan pilihan warna menarik, rapi dan cantik.

“Selain pilihan warna menarik, penggunaan fabrik berkualiti juga menjadi keutamaan. Kita mahu pemakai sentiasa berasa selesa setiap kali mendirikan solat atau menjalani ibadat lain.

“Jadi fabrik jersi menjadi tanda pengenalan kerana sifatnya yang lembut dan sejuk menjadikan telekung yang dihasilkan laris dijual setiap kali.

“Bagaimanapun telekung Serina Inspire ini menampilkan perincian sulaman yang tidak terlalu banyak dan tebal namun kekal dalam pilihan rona lembut di mana  telekung ini sesuai buat mereka yang sukakan elemen mewah dan eksklusif,” katanya.

Serina Inspire turut memperkenalkan telekung sedondon untuk ibu dan anak.

Serina menambah, dia turut mahu setiap pembeli yang menggunakan telekung itu berpuas hati dengan reka bentuk yang selesa dan berkualiti terutama bagi mereka yang berbadan gempal.

“Sasaran jualan Ramadan ini, Serina Inspire menampilkan dua corak baharu dengan material kain kapas denim yang terdiri daripada lapan warna menarik.

“Telekung ini agak berbeza dengan telekung-telekung jenama lain di pasaran kerana saya menggunakan material yang berbeza dan pastinya tidak mengecewakan sesiapa yang mencubanya.

“Satu lagi adalah telekung sedondon ibu dan anak berumur tujuh hingga 11 tahun di mana lima warna pastel menggunakan kain jersi lembut bersulam terus di atas kain yang nampa eksklusif dan mahal namun pada harga mampu milik,” katanya.

Apa yang menggembirakannya, selepas setahun lebih berada di pasaran, telekung Serina Inspire sudah mengeluarkan lebih 10 corak dengan purata jumlah jualan melebihi 1,000 pasang sebulan.

Serina Inspire turut menampilkan dua corak baharu dengan material kain kapas denim yang terdiri daripada lapan warna menarik.

Kata Serina, dia amat menitik berat material yang pelbagai mengikut kesesuaian pengguna seperti gred kain kapas, kain denim dan kain jersi yang berkualiti.

“Saya juga membuat kajian mengenai pola asli telekung di Malaysia yang berdagu lebar selesa dan patuh syariah.

“Malah, telekung Serina Inspire menitik beratkan keselesaan pengguna berbadan montel, dengan saiz kain lebar dan labuh agar mereka selesa untuk bertafakur di atas sejadah.

“Paling utama Serina Inspire memberi jaminan wang dikembalikan jika ada pelanggan yang tidak berpuas hati dengan reka bentuk atau jenis kain yang kami gunakan,” katanya.

Orang ramai yang ingin mendapatkan produk keluaran Serina boleh melayari media sosial miliknya iaitu Facebook dan Instagram: Serina Redzuawan atau hubungi Serina inspire di talian +601130503969. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast