Suspek lelaki disyaki bapa yang beertanggungjawab memberi anak kecilnya menghisap vape yang tular di media sosial berjaya dicekup semalam oleh polis di Setapak.-foto ihsan Netizen

GOMBAK – Seorang lelaki ditahan polis kerana disyaki memberi anaknya menghisap vape.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner, Arifai Terawe berkata, pihaknya menerima laporan polis daripada seorang pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) semalam setelah mengesan rakaman video mengenai perkara itu tular itu di media sosial.

Katanya, berikutan itu, JKM dan Polis Diraja Malaysia telah pergi ke sebuah rumah di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Baru Air Panas, Jalan Ushawan Off Jalan Genting Klang, Setapak untuk menyelamatkan kanak-kanak itu.

“Kanak-kanak itu kemudian dibawa bersama ibunya untuk pemeriksaan perubatan di Hospital Kuala Lumpur sebelum kedua-dua mereka ditahan wad Hospital Kuala Lumpur.

“Siasatan awal dapati kejadian berlaku pada Ahad lalu di Taman Sahabat Jaya Batu Caves,” katanya sambil menambah suspek di Setapak semalam dan direman selama tujuh hari mulai hari ini.

Tambah beliau, suspek ditahan untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak- Kanak 2001. – MalaysiaGazette