The Fire and Rescue Team saving a man who is trying to attempt suicide by jumping off the Penang Bridge into the sea. suicide Penang Bridge
The Fire and Rescue Team saving a man who is trying to attempt suicide by jumping off the Penang Bridge into the sea. Pihak bomba menyelamatkan seorang lelaki bertindak membunuh diri dengan terjun ke dalam laut di Pulau Pinang. - Gambar hiasan.

BATU MAUNG – Tindakan pantas anggota bomba berjaya menyelamatkan seorang lelaki yang terjun ke laut di KM 15 Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah dari arah Batu Maung ke Batu Kawan, di sini, awal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 4.15 pagi.

 

Mangsa terjun Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah diselamatkan pihak bomba.

Difahamkan, orang awam yang melalui jalan tersebut curiga melihat sebuah van syarikat di lokasi tersebut lalu membuat pemeriksaan sebelum mendapati mangsa terjun ke dalam laut dari jambatan tersebut.

“Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bayan Baru dikerahkan ke lokasi sebelum menemui mangsa dalam keadaa terkapai-kapai di dalam laut.

Pihak bomba menggunakan kaedah ‘rappelling’ untuk menyelamatkan mangsa.

“Usaha menyelamatkan mangsa dibuat menggunakan kaedah ‘rappelling’ dan mangsa berjaya dibawa naik pada jam 6.30 pagi,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah jurucakap itu, mangsa mendakwa terdengar suara halus yang mendorongnya terjun ke laut.

“Mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat sepenuhnya pada jam 7.30 pagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast