KUALA LUMPUR – Permohonan kebenaran rentas negeri tidak wajar dijadikan tiket pelepasan untuk pulang ke kampung halaman bagi meraikan Aidilfitri.
Ketua Pemuda PAS, Senator Ir Khairil Nizam Khirudin mengaskan, kebenaran tersebut seharusnya digunakan atas dasar keperluan mendesak sahaja.
Menurutnya, pihak bertanggungjawab yang meluluskan borang permohonan perlu memainkan peranan dengan tidak melibatkan sebarang permainan kroni.
“Menipu semata-mata untuk menyambut Aidilfitri adalah ditegah dalam Islam. Nyawa boleh melayang kerana penipuan dan apabila kita hilangnya kejujuran… tiada kebaikan pada sebuah penipuan.
“Mereka perlu menggunakan budi bicara serta empati terbaik dalam memberikan kebenaran ke atas permohonan rentas negeri.
“Jangan memberikan kelulusan kepada mereka yang berkepentingan dengan anda. Penipuan dalam menjalankan tugas juga perlu dihentikan, katanya menerusi hantaran di Facebook miliknya.
Dalam pada itu, Khairil Nizam mengingatkan orang ramai agar dapat mengawal perasaan dan tingkah laku di media sosial berhubung keputusan kerajaan tidak membenarkan sebarang aktiviti rentas negeri dilakukan sempena meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Ujarnya, melepaskan nafsu amarah secara membuta tuli di media sosial bukanlah tindakan yang baik bagi rakyat Malaysia yang bertanggungjawab.
“Budaya toksik dan melepaskan geram yang melampaui batas di dalam media sosial kebelakangan ini bukanlah gambaran sebenar nilai dan kematangan rakyat Malaysia secara keseluruhannya.
“Saya percaya kita rakyat Malaysia adalah lebih baik daripada ini. Apa yang perlu kita lakukan ialah kembali kepada radar Islam iaitu bersabarlah dengan setiap ujian yang Allah berikan dengan cara Islam.
“Berakhlak di media sosial dengan akhlak Islam dengan mengamalkan konsep tabayyun first. Kita sedang berperang dengan wabak yang telah melumpuhkan sistem kehidupan manusia yang telah menjadi amalan sejak sekian lama,” tambahnya.
Sehubungan itu, beliau menegaskan, seluruh rakyat di negara ini perlu memainkan peranan dalam usaha untuk menghentikan penularan wabak Covid-19 yang kian merebak.
“Pengorbanan dan kesabaran semua rakyat Malaysia terus dituntut untuk kita menang melawan Covid-19.
“Islam mengajar kita agar meninggalkan penipuan dan membangunkan masyarakat dengan nilai kejujuran,” tegasnya. – MalaysiaGazette
yang diWAJIBKAN PUASA RAMADHAN….AIDILFITRI sebagai tanda kesyukuran dan kemenangan sunat diRAIkan… boleh disambut dimana2 baik kampung/bandar/luar negeri…..keutamaan sekarang ialah USAHA mencegah penyakit pandemik covid 19 yang mencanak tidak kira masa dan tempat. Ambil IKTIBAR selepas pelancong CINA masuk bebas pada awal covid bermula…diikuti PRN SABAH dan terbaru kes di INDIA….
.FIKIRKAN KELANGSUNGAN FRONTLINER yang bertungkus-lumus 24 jam berbanding KITA yg utamakan keSeronokan SEKETIKA dan akhirnya timbul KESEDIHAN selamanya bila terkena jangkitan..NAUZUBILLAH…..
kita juga sebagai FRONTLINER mencegah lebih baik dari MERAWAT