Datuk Mohana Muniandy 

KUALA LUMPUR – Kerajaan diminta mewajibkan kursus pra perkahwinan ujian HIV ke atas pasangan bukan Islam yang mahu mendirikan rumah tangga.

Bekas Ketua Wanita MIC, Datuk Mohana Muniandy berkata, selain panddemik Covid-19 pandemik, isu-isu sosial juga turut memberi kesan terhadap semua peringkat terutama golongan muda, wanita dan kanak-kanak.

“Pada tahun 2018, kerajaan pernah menimbangkan cadangan ini namun kemudian ianya diam begitu sahaja.

“Ketegasan kerajaan dalam mewajibkan pasangan Islam untuk melalui kursus serta ujian saringan ini mempunyai kebaikan yang cukup mendalam.

“Bayangkan sahaja seandainya pasangan anda ‘bermasalah’ dan mempunyai sejarah seperti HIV ini namun kerana anda tidak tahu tentangnya maka perkahwinan itu terjadi dan akhirnya semua itu terlambat,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.

Katanya, undang-undang yang mewabinkan ujian HIV dilakukan serta  kursus yang menerapkan moral serta pemahaman mendalam adalah bagi bagi pasangan yang mahu memulakan kehidupan berumah tangga.

“Isu yang utarakan ini hanyalah sekulamit daripada perkara-perkara besar yang sedang dihadapi oleh segelintir masyarakat bukan Islam di negara ini, banyak juga yang umum tidak tahu,” ujarnya.

Selain itu, kata Mohana, kurus serta ujian saringan HIV dan AIDS juga dapat mengelak daripada berlakunya kes penceraian yang berlaku secara mendadak ketika ini atas pelbagai sebab.

Menurut Jabatan Statistik, kadar perceraian meningkat 12 peratus kepada 56,975 pada 2019 daripada 50,862 pada tahun sebelumnya, ujarnya.

Tambah beliau, prceraian pasangan bukan Islam meningkat 8.3 peratus kepada 11,473 pada 2019 daripada 10,593 yang dicatatkan pada 2018.

Sementara itu, Mohana melancarkan petisyen menggesa kerajaan mewajibkan kursus pra-perkahwinan dan ujian HIV bagi pasangan bukan Islam secara atas talian.

Katanya, petisyen yang dilancarkannya itu bukan mahu  mendapatkan publisiti. – MalaysiaGazette