lement Mouamba (Kredit: africanews.com)

BRAZZAVILLE – Perdana Menteri Congo Clement Mouamba pada Rabu menyerahkan surat peletakan jawatannya dan barisan kabinet kepada Presiden Denis Sassou Nguesso, menurut sumber terdekat presiden.

Peletakan jawatan itu diluluskan dan presiden merakamkan penghargaan serta ucapan terima kasih kepada semua menteri atas khidmat yang diberikan selama lima tahun, lapor Agensi Berita Xinhua, memetik pengumuman kabinet.

Nguesso dijangka melantik perdana menteri baharu dalam beberapa hari lagi.

Peletakan jawatan Mouamba susulan pelantikan semula Nguesso pada Mac dan berdasarkan perlembagaan Congo, perdana menteri baharu perlu dilantik bagi membentuk kerajaan baharu.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast