Kakitangan Malaysia Gazette melakukan persiapan pada Program Malaysia Gazette (MG) Prihatin 2021 di Pejabat Malaysia Gazette, Sungai Besi, Kuala Lumpur. Foto SYAFIQ AMBAK, 06 MEI 2021.

KUALA LUMPUR – Pelbagai syarikat korporat, swasta dan individu terus tampil menghulurkan sumbangan kepada Program MalaysiaGazette (MG) Prihatin 2021 menjelang sambutan Aidilfitri minggu depan.

Mendahului senarai penyumbang, Tenaga Nasional Berhad yang komited meneruskan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan menyalurkan sumbangan bernilai RM10,000.

Antara penaja lain adalah Adabi Consumer Industries Sdn Bhd yang berbesar hati menyumbangkan sebanyak 80 kotak produk keluaran mereka bernilai RM5,000.

Tidak ketinggalan, Padiberas Nasional Berhad (Bernas) yang turut menaja 50 kampit beras untuk bersama-sama menyertai Program MG Prihatin ini.

Pelbagai barangan keperluan menjadi buah tangan MG Prihatin kepada golongan yang memerlukan. Foto SYAFIQ AMBAK, 06 MEI 2021.

Ini merupakan tahun ketiga Bernas bekerjasama dengan MG untuk menjayakan program CSR itu.

Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) turut menaja minyak masak bernilai RM3,000.

Manakala MSM Malaysia Holdings Berhad pula menyumbang gula.

Penaja lain adalah bekas Ketua Wanita MIC, Datuk Mohana Muniandy dan syarikat produk pewangi pelbagai guna jenama Bliese, selain parti politik seperti MCA dan Gerakan.

Turut menyalurkan sumbangan ialah Wan & Wan Resources serta individu lain termasuk kakitangan MG menerusi sumbangan peribadi.

Sementara itu, agihan bantuan yang berbentuk wang tunai dan barang keperluan dapur itu disasarkan kepada keluarga dalam golongan B40, fakir miskin dan mereka yang terdesak memerlukan sumbangan.

Kakitangan Malaysia Gazette melakukan persiapan pada Program Malaysia Gazette (MG) Prihatin 2021 di Pejabat Malaysia Gazette, Sungai Besi, Kuala Lumpur. Foto SYAFIQ AMBAK, 06 MEI 2021.

Program MG Prihatin 2021 akan menjelajah keluarga di kawasan Bandar Tun Razak bermula esok selama tiga hari.

MalaysiaGazette masih mengalu-alukan tajaan dan sumbangan daripada individu-individu dan syarikat korporat yang mahu bersama-sama menyertai MG Prihatin.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi pejabat MalaysiaGazette di talian 03-9054 6842.  – MalaysiaGazette

Kakitangan Malaysia Gazette melakukan persiapan pada Program Malaysia Gazette (MG) Prihatin 2021 di Pejabat Malaysia Gazette, Sungai Besi, Kuala Lumpur. Foto SYAFIQ AMBAK, 06 MEI 2021.