Employees Provident Fund EPF i-Citra withdrawal RM5,000
Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR – Sebanyak RM55.9 bilion pengeluaran program i-Sinar telah diluluskan setakat 16 April lalu.

Daripada jumlah itu, sebanyak RM40.4 bilion telah pun dikreditkan, kata Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz dalam Laporan Laksana ke-52.

Manakala jumlah pengeluaran kumulatif i Lestari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) setakat tempoh yang sama pula sebanyak RM19.60 bilion.

Jumlah itu melibatkan 5.26 juta penerima, tambahnya. – MalaysiaGazette