Ketua Polis Petaling Jaya, ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid. Foto HAFIZ SOHAIMI, 15 MAC 2021.

PETALING JAYA – Seorang pemandu lori dipukul dengan sayur gara-gara tidak berpuas hati dengan harga air minuman yang dijual oleh peruncit.

Kejadian berlaku pada 4 Mei lalu sekitar jam 3.15 petang di sebuah kedai runcit yang terletak di kawasan Projek Perumahan Rakyat Lembah Subang di sini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, video pergaduhan membabitkan mangsa dengan suspek di premis perniagaan itu tular di media sosial.

“Mangsa dalam kejadian ini adalah seorang wanita tempatan berusia 42 tahun dan bekerja sebagai pemandu lori.

“Dalam rakaman tersebut, mangsa menyatakan tidak berpuas hati dengan harga minuman yang dijual di premis suspek kerana tidak mengikut harga sebenar yang ditetapkan oleh pengilang minuman tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, suspek lelaki warganegara tempatan yang berumur 17 tahun itu telah bertindak agresif ke atas mangsa dan mengeluarkan kata-kata kesat, selain memukul kepala pengadu dengan menggunakan sayur.

“Bertindak atas aduan mangsa, polis memulakan siasatan mengenai insiden itu dan kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 352 Kanun Keseksaan.

“Jika disabitkan kesalahan suspek boleh dikenakan hukuman penjara selama sehingga tiga bulan atau denda RM 1,000.00 atau dengan kedua-duanya sekali,” katanya.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast