Penyanyi, Tajul Ariff ketika Program CSR Jalinan Kasih Aidilfitri bersama Anak-Anak Yatim di Espira Sri Petaling. Foto SHAFIY ZUL, 17 APRIL 2021.

KUALA LUMPUR – Aidilfitri yang bakal disambut penyanyi Tajul Ariff bertambah ceria apabila isterinya, Nurul Shamieza Eddie selamat melahirkan cahaya mata kedua mereka petang semalam.

Memaklumkan berita gembira itu di Instagram, Tajul berkata, bayi lelaki seberat tiga kilogram itu dilahirkan secara normal di pusat perubatan di Kajang, Selangor.

“Alhamdulillah, berkat doa korang semua. Tak sampai 1 jam bertarung nyawa dalam labour room wife Tajul dah selamat bersalin dengan normal,” tulisnya.

Sementara itu, Tajul sempat berkongsikan pengalaman tidak dapat dilupakan apabila kepalanya terkehel setelah ditarik isterinya ketika sedang bertarung sakit bersalin.

Tajul mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shamieza Eddie pada 10 Disember 2017. Pasangan itu dikurniakan anak perempuan bernama Adriana Carisa. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast