Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Harga minyak sawit mentah mencecah RM4,652.00 bagi setiap tan semalam.

Ia merupakan harga tertinggi dalam sejarah industri sawit Malaysia.

Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) berkata, prestasi ini merupakan kali ke sembilan kenaikan harga tertinggi dalam sejarah industri sawit yang direkodkan dalam tahun 2021.

Harga tertinggi sebelum ini ialah RM4,548.50 setan yang direkodkan pada 5 Mei lalu.

Di bawah ini disertakan rekod harga tertinggi MSM setakat ini

RM4,247.50 (15 Mac 2021)
RM4,270.00 (9 April 2021)
RM4,306.50 (21 April 2021)
RM4,376.50 (22 April 2021)
RM4,428.50 (23 April 2021)
RM4,502.00 (3 Mei 2021)
RM4,525.50 (4 Mei 2021)
RM4,548.50 (5 Mei 2021)
RM4,652.00 (6 Mei 2021) – MalaysiaGazette