Mohamad Hasan
KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menggesa kerajaan Malaysia, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan pihak-pihak yang berpengaruh supaya mengeluarkan kenyataan penentangan secara kolektif terhadap keganasan rejim Israel.
Mohamad menarik perhatian mengenai insiden semalam di mana lebih 170 rakyat Palestin dan aktivis cedera, ketika polis Israel menembak peluru getah dan bom tangan di Masjid Al-Aqsa, hanya kerana mereka mendirikan solat Jumaat terakhir bulan Ramadhan dan bersolidariti menentang pembinaan 540 rumah haram di Sheikh Jarrah.
“Bilakah rasa keperimanusiaan akan wujud di sanubari regim Israel?” Katanya dalam hantaran di laman Facebook hari ini
Mohamad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau berkata, tindakan keganasan berterusan terhadap rakyat Palestin mesti dikutuk dan tidak boleh ditoleransi.
Katanya, pendudukan dan pembinaan rumah haram di tanah milik rakyat Palestine menjadikan proses damai mustahil untuk berjaya.
Rundingan damai pada masa depan akan tercemar oleh tindakan sebegini dan menghapuskan wibawa moral regim Israel.
“Saya bersolidariti dengan mangsa rejim Israel atas kejahatan keji mereka terhadap rakyat Palestin.
“Saya menggesa Kerajaan Malaysia, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan pihak-pihak yang berpengaruh, untuk mengeluarkan penyataan penentangan secara kolektif terhadap keganasan regim Israel,” katanya.
Mengulas lanjut, Mohamad berkata, biar pun kita sudah jemu dengan keganasan, namun bagi kerajaan Israel seolah-olah ia adalah urusan harian mereka.
“Membiarkan perkara ini terus berlaku adalah sangat tidak wajar. Kita mesti memainkan peranan aktif untuk menghentikan keganasan seperti ini,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Israel dan Palestine perlu ikut toleransi masyarakat majmuk tanah kecil Malaysia terima warga-warga buruh asing termasuk talibarut pengganas PKM dari Tanah Besar China dan India sebagai warganegara tempatan.

Comments are closed.