SEOUL – Serpihan daripada sebuah roket China dijangka jatuh di selatan Lautan Pasifik berhampiran Australia pada tengahari ini, kata seorang sumber kerajaan seperti dipetik agensi berita, Yonhap, hari ini.

Insiden tersebut dijangka tidak memberi kesan kepada Semenanjung Korea, kata sumber itu.

Roket Long March 5B yang dilancarkan pada minggu lalu yang  membawa sebuah modul stesen angkasa pertama China memasuki orbit.

Bagaimanapun satu serpihan besar dijangka jatuh ke bumi dengan kemasukan yang tidak dapat dikawal. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast