Petugas barisan hadapan melakukan ujian saringan COVID-19 terhadap orang awam terutamanya penduduk sekitar Kajang secara percuma ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Dewan Cempaka Saujana Impian, Kajang, Selangor. Foto SYAFIQ AMBAK, 08 MEI 2021.

KUALA LUMPUR – Peningkatan kes positif Covid-19 mutakhir ini bukan satu rekaan.

Menurut Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dakwaan bahawa angka sebenar jangkitan kes positif Covid-19 adalah benar dan bukan diada-adakan seperti dakwaan segelintir individu.

“Kerajaan serius dalam usaha memastikan penularan pandemik ini diputuskan dan kita telah mengenalpasti bahawa peningkatan kes Covid-19 disebabkan pelbagai faktor.

“Namun begitu, usaha terbaik bagi menurunkan angka jangkitan wabak ini dan seterusnya melandaikan grafnya adalah dengan sikap kita sendiri,” katanya dalam kenyataan harian Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) hari ini.

Ismail Sabri yakin rakyat di negara ini mampu melawan Covid-19 dengan kerjasama padu semua pihak membabitkan barisan hadapan, masyarakat hinggalah kepada individu.

“Saya yakin, kita akan mampu untuk melawan Covid-19 ini dengan meningkatkan kawalan kendiri, patuhi prosedur standard operasi atau SOP yang telah ditetapkan, cakna dengan persekitaran dan yang utama sekarang ini hadkan pergerakan,” katanya lagi.

Kes positif Covid-19 hari ini terus meningkat dengan 3,807 kes baru berbanding, 3,733 kes Covid-19 yang dicatatakan semalam.

Jumlah itu kembali meningkat berbanding tiga hari lalu yang melebihi 4,000 kes.

Selangor mencatatkan jumlah jangkitan harian tertinggi dengan 1,149 kes disusuli Sarawak (649), Kelantan (329), Kuala Lumpur (320), Johor (257), Pulau Pinang (245), Kedah (224), Negeri Sembilan (144), Perak (119), Sabah (96), Terengganu (93), Melaka (88), Pahang (77), Putrajaya (11), Labuan (tiga) dan Perlis (tiga). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast