Anggota polis melihat butiran surat perlepasan seorang penumpang semasa mengadakan sekatan jalan raya berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 di Maxim Sentul, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 10 MEI 2021.

KUALA LUMPUR – Hanya tiga orang sahaja termasuk pemandu dibenarkan di dalam kenderaan persendirian, teksi dan e-hailing.

Bilangan orang yang dibenarkan di dalam kenderaan membawa barangan serta rantaian aktiviti ekonomi/industri pua bergantung kepada jumlah yang dibenarkan dalam lesen pendaftaran kenderaan perdagangan.

Bagi pengangkutan awam, bilangan orang yang dibenarkanmestilah mematuhi penjarakan fizikal dan mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

Peraturan itu dikuatkuasakan berikutan keputusan kerajaan melakanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara mulai Rabu hingga 7 Jun depan.

Keputusan itu diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas mempengerusikan mesyuasrat Majlis Keselamatan Negara (MKN) petang tadi. – MalaysiaGazette