Director-General of Health Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. The Drug Control Authority (DCA) has granted a conditional approval for Convidecia Recombinant Novel Coronavirus Vaccine (Adenovirus Type 5 Vector) and Janssen COVID-19 Vaccine. CanSino Biologics Inc, China Johnson & Johnson
Director-General of Health Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

KUALA LUMPUR – Selangor yang menjadi negeri tertinggi bilangan kes Covid-19 sejak enam bulan lalu perlu belajar daripada Sabah.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, salah satu aspek yang perlu ditekankan ialah kawalan sempadan dan perhimpunan awam.

“Sabah telah menurunkan kesnya dari empat digit kepada dua digit. Harap kita dapat belajar dari Sabah terutama aspek kawalan sempadan dan perhimpunan awam,” katanya dalam komen di hantarannya Twitternya hari ini.

Terdahulu, dalam statusnya, Dr. Noor Hisham berkata, perjuangan memerangi Covid-19 perlu disokong rakyat dengan amalkan perintah kawalan pergerakan (PKP) kendiri.

“Perjuangan kita semua, bukan hanya petugas KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) dan petugas barisan hadapan frontliners yang lain.

“Kesedaran dan tanggungjawab sosial boleh dimulakan dgn PKP kendiri dengan duduk di rumah dan patuh kepada segala SOP. Insya Allah kita boleh putuskan rantaian jangkitan Covid-19,” katanya.- MalaysiaGazette