LTAT
Bangunan LTAT - Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) mengumumkan pembayaran dividen 3.5 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2020, meningkat daripada 2.5 peratus pada 2019.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, beliau berpuas hati dengan keputusan yang dicapai oleh LTAT bagi tahun 2020 itu.

Prestasi ini dipacu oleh pelaksanaan insiatif berimpak tinggi yang dijalankan menerusi pelan transformasi LTAT.

Ini membolehkan LTAT mencatat peningkatan keuntungan tertahan sebanyak RM287.5 juta setelah pembayaran dividen berjumlah RM310.7 juta, berbanding RM63.5 juta untuk 2019.

Pada 31 Disember 2020, aset LTAT di bawah pengurusan berjumlah RM9.6 bilion. – MalaysiaGazette