Vaksin Covid-19 jenis Pfizer-BioNTech.

WASHINGTON – Pengawal selia Amerika Syarikat meluluskan penggunaan vaksin Covid-19 Pfizer dan BioNTech untuk digunakan pada kanak-kanak berumur 12 tahun.

Serentak itu, kanak-kanak AS akan mulai menerima vaksin tersebut mulai hari Khamis ini.

Ia adalah vaksin Covid-19 pertama yang dibenarkan di AS untuk usia 12 hingga 15 tahun.

Vaksinasi pada usia yang lebih muda dianggap sebagai langkah penting untuk mengembalikan kanak-kanak dengan selamat ke sekolah.

Presiden Joe Biden telah meminta negeri-negeri segera menyediakan vaksin tersebut kepada golongan remaja.

“Sekiranya anda seorang ibu bapa yang ingin melindungi anak anda atau remaja yang berminat untuk mendapat vaksin, keputusan hari ini adalah langkah lebih dekat ke arah tujuan tersebut,” katanya.

Malah, pengeluar vaksin juga telah meminta kelulusan bagi imunisasi untuk remaja yang berumur 16 tahun ke atas pada minggu lalu.

Dr William Gruber, saintis vaksin terkemuka di Pfizer berkata, kebenaran vaksin untuk remaja akan membantu AS memperluas populasi imunnya dan melindungi kumpulan usia yang belum sepenuhnya terhindar daripada penyakit yang teruk. – MalaysiaGazette