Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kementerian Pengangkutan tidak akan melaksanakan perintah larangan kepada kenderaan barangan ketika musim perayaan Hari Raya Aidilfitri kali ini.

Ini kerana, larangan rentas negeri dan daerah seluruh negara dilaksanakan mulai esok hingga 7 Jun ini.

Kementerian ini berkata, sebelum ini ia mengenakan perintah larangan kepada kenderaan barangan daripada berada di atas jalan raya untuk beberapa hari yang ditetapkan semasa tempoh perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Larangan sebelum ini bertujuan meningkatkan keselamatan jalan raya di kalangan pengguna yang ingin pulang ke kampung serta untuk memastikan kesesakan jalan raya dapat dikurangkan dengan meminimumkan keberadaan kenderaankenderaan barangan di atas jalan raya. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast