Gambar fail
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Di sebalik peningkatan kes positif Covid-19 sebanyak 4,765 kes – negara hari ini juga mencatatkan kes kematian tertinggi iaitu 39 kes hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat 39 kes kematian melibatkan 10 kes di Johor, lapan kes di Kuala Lumpur dan  lima kes di Selangor.

Tiga lagi kes di Sabah, masing-masing dua kes di Kedah, Sarawak, Kelantan, dan Pahang, serta masing-masing satu kes di Perak, Melaka, Negeri Sembilan, Terengganu, dan Wilayah Persekutuan Putrajaya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jumlah kematian ekoran positif Covid-19 direkodkan pada paras 1,761 kes setakat ini.

Dr. Noor Hisham berkata, daripada jumlah itu, 37 melibatkan warganegara dan dua kes bukan warganegara.

Dalam pada itu, sebanyak 4,765 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini dengan Selangor terus mencatat peningkatan kes tertinggi dengan 2,082 kes.

Jumlah kes yang dilaporkan adalah 4,765 kes (453,222 kes) seperti yang dijangkakan. Ia mungkin mencecah 5,000 kes pada pertengahan bulan ini.

“Selangor dengan 2,082, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 540, Sarawak 405, Johor 348, Kelantan 297, Pulau Pinang 259, Kedah 226, Perak 172, Negeri Sembilan 122, Melaka 110, Sabah 70, Pahang 63, Terengganu 60, Labuan 6, Putrajaya 4, dan Perlis 1 kes,” kata Dr Noor Hisham.

Kes baharu berkenaan menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 dalam negara kini adalah 453,222 kes.

Jumlah kes aktif pula kini di paras 40,101 kes.

Daripada jumlah itu, sebanyak 4,758 kes dilaporkan berlaku melibatkan penularan tempatan melibatkan 4,291 warganegara dan 467 kes bukan warganegara.

Tujuh kes import direkodkan hari ini melibatkan lima warganegara dan dua bukan warganegara.

Dalam pada itu, 469 kes dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dan 244 kes menerima bantuan alat pernafasan.

Sementara itu, sebanyak 3,124 kes sembuh dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif sehingga kini pada paras 411,360 kes. – MalaysiaGazette