Foto Instagram Adi Putra.

KUALA LUMPUR – Pelakon popular, Datuk Adi Putra semalam mencuri perhatian gara-gara perkataan ‘bodoh’ yang tulis pada hantaran  Instagram miliknya bagi meluahkan kekecewaannya.

Ia berkenaan lokasi dirinya untuk mengambil suntikan vaksin AstraZeneca yang tiba-tiba ditukar dari Kuala Lumpur ke Pengkalan Kubor, Kelantan.

Tindakannya itu telah mengundang kecaman daripada netizen yang menganggap pelakon berkenaan seperti tidak hormat kepada petugas kesihatan.

Adi memberitahu apa yang ditulis itu sebenarnya telah disalah tafsir oleh segelintir pihak.

“Sebenarnya saya tidak tujukan perkataan ‘bodoh’ itu kepada petugas kesihatan, sebaliknya terhadap aplikasi MySejahtera.

“Ramai yang tidak tahu sebenarnya aplikasi itu diuruskan oleh pihak ketiga dan saya rasa marah dengan pihak yang menguruskan aplikasi tersebut. Berkenaan akaun rasmi media sosial KKM, saya cuma letakkan supaya pihak berkenaan ambil maklum sahaja,” katanya memetik laporan sebuah portal.

Adi berkata, dia bersuara berkenaan kesilapan itu kerana risau jika ada yang mendaftar tetapi tidak mendapat suntikan pada tarikh yang sepatutnya.

Ujarnya, dia tidak mahu golongan sasar yang sepatutnya mendapat vaksin boleh terlepas jika perkara seperti ini berlaku.

Dalam pada itu, pelakon berkenaan memberitahu yang dia tidak terasa hati dengan kecaman netizen kerana beranggapan mereka tersalah sangka.

“Saya tidak berkecil hati dengan kecaman netizen. Saya maafkan mereka kerana terkeliru dengan apa yang cuba saya sampaikan,” katanya.

Adi bakal mengambil suntikan vaksin AstraZeneca yang dijadualkan pada 16 Mei depan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast