Ismail Sabri Yaakob

KUALA LUMPUR – Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kuarters Pekerja Lombong Sungai Batu, Batu Talam, Raub, Pahang mulai 14 hingga 27 Mei 2021.

Menurut Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri, ia susulan berlakunya penularan kes Covid-19 dalam kalangan pekerja lombong warganegara India di kawasan itu.

“Sehingga hari ini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melakukan ujian saringan melibatkan 50 orang pekerja,” katanya menerusi kenyataan mengenai perkembangan PKP hari ini.

Sementara itu beliau berkata PKPD di Kampung Sagah, Jalan Sungai Tengah Matang, Kuching, Sarawak akan ditamatkan pada 14 Mei 2021.

Begitu juga di Kampung Skim Cocos, Kunak, Sabah.

PKPD SMK Melugu, Sri Aman, Sarawak pula bakal ditamatkan pada 13 Mei 2021.

“Sehingga kini, KKM telah melakukan 849 ujian saringan dan 30 daripadanya disahkan positif Covid-19. KKM juga mengesahkan terdapat penurunan kes dan kluster adalah terkawal manakala kes terakhir telah direkodkan pada 30 April 2021 iaitu lapan kes, justeru penamatan PKPD ikut jadual,” jelasnya.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast