GAZA – Tentera Israel berikrar untuk meneruskan serangan di Semenanjung Gaza.

Jurucakap tentera Zionis, Jonathan Conrius berkata, tentera telah dikerah untuk melancarkan serangan di pelbagai lokasi seluruh Gaza.

“Kita sedang buat persiapan dan serangan akan diteruskan apatah lagi Hamas juga enggan mengalah.

“Tentera Israel sudah bersiap sedia untuk sebarang tindak balas Hamas,” katanya.

Ketika ini tentera Zionis berterusan melancarkan roket dengan menyasarkan sejumlah bangunan tinggi di Gaza yang mana tiga buah menara musnah.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan Gaza memberitahu, seramai 69 penduduk Palestin terbunuh, termasuk kanak-kanak,  dalam beberapa serangan sejak Isnin lalu.

Selain itu seramai enam warga Israel juga maut.

Kementerian Kesihatan juga memberi amaran angka kematian serta cedera akan bertambah seandainya serangan tidak dihentikan. – MalaysiaGazette