KUALA LUMPUR – Globalherb Sdn. Bhd., pengendali Lalashop Fresh Mart (Lalashop) kini menawarkan mata ganjaran kepada pembeli yang menjadi ahli dan berbelanja di cawangan pertamanya itu.
Pengurus Projeknya, Rosland Mohd. Jannes berkata, pelanggan yang berbelanja melebihi RM180 layak menjadi ahli dan mendapat wang tunai kembali pada kadar 10 peratus jumlah daripada perbelanjaan mereka.
Menurutnya , mata ganjaran yang terkumpul boleh ditunaikan kembali atau digunakan untuk membeli produk seterusnya sama ada secara ‘offline’ atau pun ‘online’.
Cawangan pertama Lalashop dibuka sejak 9 April lalu bertempat di Plaza Suria, Damansara Damai, Selangor.
“Mata ganjaran yang terkumpul dalam kad keahlian, boleh ditunaikan kembali atau digunakan untuk membeli produk seterusnya sama ada secara offline dan juga dalam talian.
“Antara kelebihan syarikat adalah ia mampu menawarkan barangan basah secara berterusan meskipun berlaku kekurangan bekalan daripada pemborong atau musim tengkujuh kerana memiliki sebuah bilik simpanan beku yang boleh menyimpan sehingga 1.5 tan barangan dalam satu-satu masa,” katanya ketika ditemui MalaysiaGazette di Damansara Damai baru-baru ini.
Rosland memberitahu, pasar raya sulung yang melibatkan pelaburan kira-kira RM400,000 itu menawarkan keselesaan kepada pelanggan untuk membeli barangan keperluan dapur dan sayur-sayuran serta barangan basah.
Menurut beliau. selain memberi manfaat kepada pelanggan, Lalashop Fresh Mart turut menyediakan ruang untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menawarkan produk keluaran masing-masing di outlet itu.
“Lebih 3,500 produk yang dijual di premis berkenaan terdiri daripada barangan PKS seiring dengan misinya untuk membantu kumpulan berkenaan dalam keadaan ekonomi yang sukar ketika ini,” katanya.
Mengenai perancangan pasar raya itu, Roland berkata, syarikat telah menyusun strategi untuk membuka lebih banyak Lalashop Fresh Mart di seluruh negara.
Beliau mengalu-alukan kerjasama daripada koperasi atau persatuan untuk bekerjasama menjadi rakan niaga bagi penubuhan outlet baharu itu.
Melaluinya, ia akan membolehkan usaha syarikat untuk membuka antara lima hingga 10 cawangan baharu setiap tahun. – MalaysiaGazette