KUALA LUMPUR – Perak merekodkan kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau R naught (Rt) tertinggi di seluruh negara semalam (22 April) pada kadar 1.32 berbanding kadar kebangsaan 1.14.

Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan menerusi Facebook memaklumkan negeri-negeri yang merekodkan kadar kebolehjangkitan yang melebihi kebangsaan ialah Kedah (1.22), Terengganu (1.29), Pulau Pinang (1.21), Melaka (1.18), Selangor dan Johor (1.17).

Negeri Sembilan (1.12), Pahang (1.11) dan Kuala Lumpur (1.10).

Putrajaya (0.99), Sarawak (0.98), Kelantan (0.94), Sabah (0.89) manakala Perlis sifar kes.

Sementara itu nilai Ro/Rt Kebangsaan pula naik kepada 1.14 daripada 1.13 pada 12 Mei. – MalaysiaGazette