Sebanyak 13 kluster baharu dikenal pasti hari ini melibatkan tujuh negeri termasuk Johor, Kelantan, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Selangor, Pahang dan Kedah dengan 243 kes baharu Covid-19.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan 15 lagi kluster baharu Covid-19, dengan lapan daripadanya berkaitan tempat kerja mnakala empat membabitkan aktiviti keagamaan.

Ketua Pengarahnya, Tan Sri Noor Hisham Abdullah berkata, dua lagi kluster membabitkan sektor pendidikan dan satu kluster kumpulan berisiko tinggi.

Menurutnya, kluster baharu itu dikesan di Johor, Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Kelantan, Negeri Sembilan dan Pahang.

Kluster-kluster tersebut adalah:-

* Kluster Jalan Alsagoff (Pontian) dengan enam kes

* Kluster Jalan Tey Mia Jen (Muar) dengan 29 kes

* Kluster Jalan Bertingkat Skudai (Johor Bahru) dengan 18 kes

* Kluster Jalan Perindustrian Tiga (Muar) dengan 30 kes

* Kluster Impian Indah (Gombak dan Petaling) dengan 26 kes

* Kluster Lebuh Sultan (Klang) dengan 23 kes

* Kluster Sungai Pinang Tujuh (Klang) dengan 20 kes

* Kluster Tapak Bina Persiaran Stonor (Lembah Pantai) dengan 29 kes

* Kluster Kilang Midah (Cheras, Lembah Pantai dan Hulu Langat) dengan 17 kes

* Kluster Jalan Keramat Wangsa (Titiwangsa) dengan 31 kes

* Kluster Perusahaan Maju Lapan (Seberang Perai Tengah) dengan 67 kes

* Kluster Jalan Sultan Azlan Shah (Timur Laut dan Barat Daya) dengan 12 kes

* Kluster Jalan Telipot (Kota Bharu dan Bachok) dengan 30 kes

* Kluster Persiaran Lavender (Seremban dan Kuala Pilah) dengan 39 kes
Kluster Kemunting (Kuantan) dengan 16 kes.

Sementara itu, Noor Hisham memaklumkan, sebanyak 466 kluster masih lagi aktif dan jumlah kluster keseluruhan adalah sebanyak 1,876.

Sehingga hari ini katanya, sebanyak 1,410 kluster telahpun ditamatkan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast