Foto Sky Sports.

LONDON – Bos Chelsea, Tuchel merasakan anak buahnya telah melakukan yang terbaik untuk menjulang Piala FA malangnya Sistem Video Penolong Pengadil (VAR) didakwa mempengaruhi keputusan aksi final itu.

Dalam aksi awal pagi di Stadium Wembley itu, the Blues ditewaskan 1-0 oleh Leicester City menerusi gol rembatan kencang Youri Tieleman.

Pemain Chelsea memprotes kerana bola terkena tangan Ayoze Perez dan meminta pemeriksaan VAR.

“Namun sistem VAR tidak mencampuri dan mengadilinya dengan saksama. Sebelum ini menentang Arsenal kami menghadapi senario yang sama dan dinafikan VAR dan kini ia berulang dan telah mempengaruhi keputusan malam tadi,” dakwa Tuchel.

Tuchel mendakwa dia bukan pakar dalam soal bola terkena pada tangan dan kurang pasti ia perlu dihukum dengan penalti atau permainan perlu diteruskan tanpa tindakan.

Chelsea telah menjaringkan gol penyamaan dalam perlawanan akhir itu namun telah dinafikan sebagai offside.

Walaupun keputuan mengecewakan, Tuchel berpuas hati dengan persembahan anak buahnya di atas padang.

“Kami cuma kurang bernasib baik malam ini, tiada jaminan kamu akan mengakhiri perlawanan dengan piala, bagaimanapun kami menerima kekalahan itu dengan terbuka,” ujarnya.

Ia merupakan musim kedua berturut-turut Chelsea terkandas di perlawanan akhir Piala FA Emirates.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast