worst scenario new Variant of Concern VOC Director-General of Health Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah at a news conference on the Covid-19 updates in the country. PIX: SYAFIQ AMBAK / MalaysiaGazette / 08 MAY 2021. Covid-19 new daily cases
Dr. Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Angka kes positif Covid-19  menunjukan sedikit penurunan dengan terbaru hari ini mencatatkan sebanyak 3,780 kes setakat jam 12 tengah hari tadi.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Hisham Abdullah, angka itu sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan kes di Malaysia ketika ini ialah  470,110 kes setakat ini.

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula ialah 41,889 kes dengan 520 positif sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) manakala 272 memerlukan bantuan pernafasan.

“Hari ini jumlah kes Covid-19 yang sembuh ialah 3,990 kes menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya adalah 426,319 kes setakat ini.

“Daripada jumlah kes baharu terdapat 2kes import yang mendapat jangkitan luar negara manakala penularan Covid-19 dalam negara pula adalah 3,778 ,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham turut mendedahkan sebanyak 36 kematian Covid-19 dengan jumlah kumulatifnya sebanyak 1,902 setakat hari ini.

“Kes kematian pada hari ini melibatkan lapan kes di Selangor, enam kes di Pulau Pinang, masing-masing lima kes di Sarawak dan Kedah, empat kes di Wilayah Persekutuan, tiga kes di Perak.

“Dua kes kematian masing-masing-masing di Negeri Sembilan dan Terengganu dan satu kes di Pahang,” ujarnya.

Sementara itu, beliau juga mendedahkan terdapat 11 kluster baharu Covid-19 dengan empat daripadanya adalah kluster pendidikan. 

“Tiga kluster lain membabitkan kluster komuniti manakala kluster tempat kerja dan keagamaan masing-masing melaporkan dua kluster. -MalaysiaGazette