Raphael Varane. Foto Eurosport.

LONDON – Manchester United dilaporkan sudah bersedia untuk membawa masuk pemain baharu dalam jendela perpindahan musim panas ini dengan tumpuan pada bahagian pertahanannya.

Pengurus Ole Gunnar Solskjaer itu mencari gandingan bek tengah bersama dengan Harry Maguire selepas dia tidak begitu selesa dengan persembahan Eric Bailly atau Victor Lindelof ketika digandingkan bersama dengan kapten Manchester United secara berkala.

Nama Raphael Varane yang bermain untuk Real Madrid menjadi sasaran utama United selepas selepas pemain tersebut itu dikhabarkan telah menolak tawaran kontrak baharu bersama dengan kelabnya.

Varane yang merupakan pemain antarabangsa Perancis memiliki baki kontraknya sehingga tahun 2022 dan berkemungkinan akan meninggalkan Real secara percuma jika kelab itu tidak mahu menjualnya pada akhir musim ini.

Daily Mail melaporkan United hanya perlu membuat tawaran rasmi sebanyak £40 juta pound untuk membawa Varane ke kota Manchester.

Bagaimanapun, Real tidak mungkin akan menerima bidaan  tersebut kerana harga yang ditawarkan terlalu rendah untuk pemain berkualiti seperti Varane.

Menurut harga pasaran semasa, mana-mana kelab yang berminat untuk mendapatkan Varane perlu menyediakan sekurang-kurangnya £60 juta pound. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast