NEW YORK – Sekurang-kurangnya 10,000 atau lebih daripada angka itu penduduk Palestin telah kehilangan tempat tinggal mereka sejak serangan Isnin lepas di Semenanjung Gaza.

Malah ianya menjadi lebih serius dengan keadaan pandemik Covid-19 yang sedang melanda dunia ketika ini.

Agensi melaporkan, Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA), dalam satu kenyataan mendedahkan, penduduk Gaza terpaksa berlindung di pelbagai lokasi pada masa ini.

Antaranya termasuklah sekolah, masjid, kem perlindungan sementara.

“Bagaimanapun akses kepada kebersihan seperti bekalan air, makanan selain perkhidmatan kesihatan pula begitu terhad lagi-lagi dengan keadaan pandemik Covid-19 pada masa ini,” kata OCHA.

Sambung kenyataan itu lagi, lebih membimbangkan apabila hospital dan perkhidmatan kesihatan pula hanya bergantung kepada sumber bahan api hanya dapat bertahan untuk hari ini sahaja.

“Kami berharap pihak bertelagah ini membenarkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) serta agensi kemanusian lain untuk benarkan mereka salurkan bekalan makanan, ubat-ubatan serta bahan lain kerana konflik ini.

“Seperti kata Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres supaya berhenti berperang untuk elak lebih ramai terkorban lagi,” tegasnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast