Boubakary Soumare akan berpindah ke Stadium Max Power menjelang Jun ini.

LONDON – Leicester City semakin hampir memuktamadkan khidmat bintang tengah Lille Boubakary Soumare.

Laporan di Perancis mendakwa pemain itu akan berhijrah ke kelab Liga Perdana Inggeris itu dengan nilai berjumlah £20 juta pada Jun ini.

Rundingan untuk mengikat pemain berusia 22 tahun itu sudah bermula sejak awal Januari lalu.

Justeru pemain itu mencari opsyen untuk menyertai kelab yang bersaing dalam Liga Juara-Juara Eropah musim hadapan.

Status terkini the Foxes yang sudah meletakkan diri sebagai antara kelab elit yang wajib ditewaskan dalam liga utama domestik berjaya mempengaruhi pemain itu dalam menentukan masa depannya bersama Leicester dalam EPL.

Soumare sebelum ini menolak tawaran £35 juta yang diletakkan oleh Newcastle United tahun lalu.

Kini Lille menyatakan kesediaannya untuk menerima yuran bidaan yang rendah selepas menerima tempias dana akibat Covid-19.

Ketua rekrut bakat baharu kelab itu, Lee Congerton mempunyai rekod pencapaian dalam mengenalpasti bakat-bakat baharu dari Perancis dan bintang bek pertahanannya Wesley Fofana antara pemain yang direkrut dari Ligue 1 Perancis iaitu kelab St Etienne.

Fofana mengenali Soumare sejak dari skuad B-21 Perancis dan difahamkan memainkan peranan dalam memuji dan mengubah fikiran Soumare untuk berhijrah ke King Power Stadium.

Pengurus pasukan Brendan Rodgers terlibat dalam usaha menguatkan jentera tengah pasukannya bagi menghadapi EPL musim 2021/22 dan Soumare yang disamakan dengan bekas bintang pertahanan Yaya Toure dari segi gaya permainan di atas padang serta rupa fizikalnya.

Dalam satu lagi perkembangan sama, Rodgers juga akan menerima kehadiran penyerang baharu Odsonne Edouard dari Celtic pada minggu akan datang dan kini membuka ruang untuk menambah seorang lagi pemain sayap dan bek pertahanannya dalam skuad.- MalaysiaGazette