Minister of International Trade and Industry (MITI) Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. gombak voters suit fiduciary duties
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memaafkan adiknya, Ummi Hafilda atas tuduhan dirinya dan keluarga kononnya melanggar prosedur operasi standard (SOP) semasa hari raya baru-baru ini.

“Saya membaca tuduhan yang dibuat oleh Ummi Hafilda. Sebagai abang, saya maafkan tuduhan tersebut.

“Tidak ada apa-apa yang perlu saya simpan di hati. Mungkin beliau tidak mengetahui keadaan sebenar. Semoga Syawal ini lebih bermakna untuk kita semua. Eid Mubarak,” kata Ahli Parlimen Gombak itu dalam Twitternya malam tadi.

Mohamed Azmin yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri sebelum itu disiasat polis berhubung dakwaan berkenaan namun polis mengesahkan tiada sebarang kesalahan dilakukan.

Sebelum ini, tular di media sosial Ummi Hafilda mendakwa ahli keluarga Mohamed Azmin telah merentas daerah dan menghadiri perjumpaan untuk sambutan hari raya Aidilfitri.

Bagaimanapun, Ketua Polis Putrajaya, Asisten Komisioner Mohd Fadzil Ali dilaporkan berkata, siasatan awal terhadap dakwaan bahawa keluarga Azmin melanggar SOP PKP mendapati, semua individu terbabit mendiami kediaman Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri di Presint 10, Putrajaya.- MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Anggap jer kompoun nanti sebagai sedekah duit raya pandemic sekurang-kurangnya bagi lebih sikit.

Comments are closed.