Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani . Foto MOHD ADZLAN.

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah meningkatkan kawalan keselamatan di dalam negara susulan kehadiran ancaman keselamatan oleh Israel.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pihaknya memandang serius ancaman itu sambil menasihatkan orang ramai agar bertenang.

“PDRM telah meningkatkan dan memperketatkan kawalan keselamatan dan pada masa yang sama menasihatkan rakyat supaya kekal bertenang.

“Ini penting berikutan ancaman keselamatan yang dikeluarkan Israel terhadap pemimpin-pemimpin pergerakan perjuangan Palestin yang berada di seluruh dunia termasuk Malaysia,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Tambah Acryl Sani, PDRM akan terus mengambil langkah-langkah perlu untuk meningkatkan tahap kawalan keselamatan dari semua aspek bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam kekal terpelihara.

PDRM juga sentiasa bersiap-siaga untuk menghadapi sebarang ancaman dan akan akan memantau isu berkenaan dari semasa ke semasa bagi mengelakkan sebarang insiden yang tidak diingini berlaku di negara ini. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast