Jeneral Tan Sri Affendi Buang

KUALA LUMPUR – Pusat Operasi Pertahanan Siber (CDOC) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) meningkatkan pemantauan dan pertahanan siber sebagai langkah berjaga-jaga menghadapi ancaman siber dari anasir luar.

Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Affendi Buang berkata, pemantauan itu telah ditingkatkan sejak dua minggu yang lalu.

“Buat masa ini memantau keadaan itu setiap masa sejak dua minggu lepas kita telah meningkatkan tahap kesediaan dan melihat jika  ada elemen-elemen siber yang yang masuk ke atas keupayaan siber pertahanan,” katanya ketika sidang media di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan hari ini.

Sebelum ini CDOC ATM telah mengeluarkan amaran menyatakan infrastruktur siber perkhidmatan itu menjadi sasaran Israel sebagai serangan balas beberapa kumpulan penggodam di Malaysia.

Menurut kenyataan itu, peningkatan aktiviti serangan balas terhadap infrastruktur siber ATM rentetan pelancaran penggodaman menerusi #OpsBedil dan #OpsIsrael.

Dipercayai ini susulan daripada tindakan netizen Malaysia membuat serangan ke atas media sosial Israel daripada Malaysia baru-baru ini.-MalaysiaGazette