Menara Kuala Lumpur disinari dengan lampu berwarna bendera negara Palestin sebagai tanda solidariti kepada rakyat Palestin berikutan ketegangan di antara Palestin dan Israel ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette, Kuala Lumpur .Foto HAFIZ SOHAIMI, 16 MEI 2021.

KUALA LUMPUR – Pemuda Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan himpunan bantahan terhadap kekejaman yang dilakukan Israel di hadapan kedutaan Amerika Syarikat (AS).

Ketua Pemuda Pakatan Harapan, Shazni Munir Mohd Ithnin berkata, ini susulan daripada sokongan yang disuarakan oleh Presiden AS, Joe Biden terhadap Israel baru-baru ini.

Jelasnya, pendirian demikian menyalahi prinsip demokrasi dan hak asasi yang sering dijaja negara berkenaan sebelum ini.

“Keberanian jutaan rakyat Malaysia dalam bersolidariti dan bersama-sama perjuangan rakyat Palestin ketika ini wajar dipuji. Malah amaran kerajaan Israel untuk bertindakbalas jelas memberikan signal bahawa gerakan solidariti ini telah memberikan kesan dalam perang psikologi (psywar) menentang imperialis Zionis Israel.

“Kita meyakini bahawa asakan dan bantuan dalam membela Palestin yang tertindas wajar digerakkan secara agresif dan lebih membekas.

“Selain serangan bertali-arus di media-media sosial berkaitan Israel yang perlu konsisten dan berterusan, tekanan juga harus terarah kepada kerajaan Amerika Syarikat (AS), setelah Pejabat Presiden negara berkenaan menyatakan dokongan terhadap Israel,” katanya menerusi kenyataan.

Baru-baru ini Presiden AS Joe Biden menyatakan sokongan terhadap keselamatan dan hak sekutu kuatnya, Israel.

Dalam pada itu, Pemuda Pakatan Harapan menyeru agar rakyat Malaysia mengakitfkan kempen kibar bendera alestin di setiap rumah dan kenderaan sebagai tanda solidariti.

Jelas Shazni, kempen tersebut merupakan simbol solidariti fizikal, gerakan ini juga berfungsi sebagai langkah kesedaran awam demi membebaskan Palestin daripada penjajahan zionis Israel.-MalaysiaGazette

3 Komen

  1. Bebaskan dulu semua tanah rizab Melayu yang kini tinggal hanya 12% termasuk tergadai free Singapore dan Penang kepada kaum asing dari Tanah Besar China dan India. Syabas Azeris dibantu Turki ambil balik Nagorno-Karabah setelah sekian lama PBB tak boleh diharap. Tengok negara kecil DR ratifikasi ICERD tetapi demi hak pribumi sila Google: Dominican republic stripped citizens

  2. Kalau nak berkumpul tu eloklah mengambil langkah lebih berhati2 dan patuh SOP!

    Virus yang dipercayai berasal dari makmal ini dikatakan dihantar untuk tujuan dan sasaran2 mereka yang tertentu bersesuaian dengan keadaan geopolitik dunia sekarang?

    Tahun2 kemusnahan! Hati2!

Comments are closed.