Leon Brown (kiri) Henry McCollum. foto WRAL TV

WASHINGTON – Dua saudara tiri Afrika-Amerika yang menghabiskan masa 31 tahun dalam penjara di Carolina Utara atas hukuman jenayah yang tidak dilakukan diberi pampasan sebanyak AS$84 juta.

Henry Lee McCollum dan adik tirinya Leon Brown – kedua-duanya mengalami kelainan upaya akal telah disabitkan kesalahan merogol dan membunuh seorang gadis yang berusia 11 tahun pada tahun 1983.

Ketika itu, kedua-dua tertuduh berusia 19 dan 15 tahun.

Leon dan McCollum didapati bersalah kerana membunuh Sabrina Buie, yang mayatnya ditemui di ladang soya di Robeson County.

Mereka mendakwa telah dipaksa menandatangani pengakuan.

Namun, kebenaran terungkai selepas penemuan bukti baharu DNA bahawa ada lelaki lain di tempat kejadian mayat ditemui.

Ia selepas penemuan puntung rokok berhampiran mayat mangsa.

Lelaki tersebut pernah menjalani penjara atas jenayah yang sama.

Pampasan yang diperoleh oleh kedua-dua beradik itu adalah sebagai ganti rugi dan faedah. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.