Foto Facebook Kedah Darul Aman FC.

KUALA LUMPUR – Dua pemain Kedah Darul Aman FC (KDA FC) bergelar suami apabila melangsungkan perkahwinan sempena sambutan Aidilfitri pada hujung minggu lalu.

Penjaga gol, Ifwat Akmal Chek Kassim, 24, memilih tarikh 3 Syawal melangsungkan majlis akad nikah di sebuah masjid di Pendang manakala pemain sayap lincah Fayadh Zulkifli, 22, sehari selepas itu di tempat sama.

Majlis perkahwinan mereka itu diumumkan oleh KDA FC menerusi laman sosial kelab berkenaan.

“Seluruh warga KDA FC ingin mengucapkan selamat pengantin baru kepada penjaga gol, Mohd Ifwat Akmal Chek Kassim dan pemain sayap, Mohammad Fayadh Mohd Zulkifli Amin yang telah melangsungkan perkahwinan mereka.

“Semoga dengan kehadiran suri hati, akan terus memberikan suntikan motivasi yang tinggi dalam mempamerkan aksi yang cemerlang bersama pasukan KDA FC. Selamat melayari bahtera rumahtangga,” katanya KDA FC. – MalaysiaGazette

Foto Facebook Kedah Darul Aman FC.