Amirudin Shari

SHAH ALAM – Walaupun Selangor mencatatkan jumlah kes positif Covid-19 yang tinggi, tetapi kadar kebolehjangkitan di bawah kadar nasional.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, usaha berteruskan Jabatan Kesihatan Negeri (JKNS) dan kerajaan negeri meletakkan kadar kebolehjangkitan di Selangor berada di bawah paras nasional.

“Memang Selangor mencatat jumlah kes yang tinggi, namun kadar kebolehjangkitan kita sentiasa di bawah kadar nasional dengan usaha-usaha berterusan JKNS dan kerajaan negeri mengawal, termasuk perbanyakkan saringan,” katanya menerusi ciapan Twitter, hari ini.

Semalam, Kementerian Kesihatan melaporkan, sedang mempertimbangkan untuk melaksanakan SOP yang lebih ketat atau perintah kawalan pergerakan berskala penuh (PKP) di Selangor jika negeri itu gagal mengekang Covid-19.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba dilaporkan berkata, pertimbangan itu akan dilaksanakan sekiranya Selangor masih gagal mengekang penularan Covid-19.

Selangor merekodkan 10,393 kes jangkitan Covid-19 sepanjang minggu lalu, sekali gus negeri tertinggi dengan jangkitan virus tersebut.

Sepanjang minggu lalu sahaja, negeri ini mencatatkan 10,393 kes, dengan 1,650 kes semalam. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Takkanlah kes pesakit tinggi disebabkan kes jankitan rendah dan bukan tinggi juga, kot?
    Buat apa cakap dolak-dalik.

Comments are closed.