China donates Penang Covid-19 vaccine donation scam Lim Guan Eng Chow Kon Yeow Yong Chee Kong Xintai Development Enterprise Hong Kong Koko Chang Sinovac
Khairy Jamaluddin Abu Bakar

KUALA LUMPUR – Negeri-negeri dibenar melakukan pembelian bekalan vaksin sendiri dengan syarat vaksin yang dibeli perlu mendapat kelulusan daripada Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).

Bagaimanapun, Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) mengambil maklum bahawa jenis vaksin yang cuba diperoleh negeri-negeri tersebut sebagai contoh negeri Selangor, buat masa ini adalah dari syarikat farmaseutikal yang sama dibeli di bawah PICK.

Berdasarkan syarat perjanjian di antara Kerajaan Persekutuan Malaysia dengan syarikat-syarikat pengeluar vaksin berkenaan, pembekalan stok vaksin yang telah ditempah perlu dan akan didahulukan kepada Kerajaan Persekutuan.

Ia bagi memastikan pelaksanaan PICK, sebelum apa-apa bekalan vaksin dapat disalurkan oleh syarikat farmaseutikal kepada mana-mana pihak lain termasuklah kerajaan negeri, pihak industri atau hospital swasta yang membuat tempahan dan pembelian selepas Kerajaan Persekutuan, melainkan melalui pembekal yang tidak terlibat dalam PICK, jelas Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin.

Menurut beliau, CITF sekali lagi mengulangi komitmen pembekalan vaksin yang percuma dan mencukupi kepada semua individu yang layak di setiap negeri bagi pelaksanaan PICK.

“CITF juga mengalu-alukan sebarang usaha dari mana-mana pihak yang ingin membantu PICK dengan menyumbangkan bekalan dos vaksin kepada PICK atau negeri dengan syarat vaksin yang akan disumbangkan telah mendapat kelulusan NPRA.

”Buat masa ini, tiga jenis vaksin yang telah mendapat kelulusan NPRA adalah vaksin Pfizer, Sinovac dan AstraZeneca,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Khairy berkata, CITF mengambil maklum tentang hasrat Yayasan Sekhar untuk menyumbangkan bekalan vaksin jenis Sinovac kepada PICK.

Bagaimanapun, setelah diperiksa dengan pihak Sinovac di China dan Pharmaniaga iaitu pemegang lesen bagi vaksin Sinovac di Malaysia, tiada apa-apa permohonan atau pembelian mahupun dokumen rasmi berkaitan perkara ini yang telah dikemukakan oleh Yayasan Sekhar.

”CITF ingin menjelaskan bahawa tiada sebarang halangan sekiranya Yayasan Sekhar atau mana-mana pihak yang mahu meneruskan hasrat murni ini namun ia haruslah disusuli dengan tindakan mengikut saluran yang ditetapkan,” terang beliau lagi. – MalaysiaGazette